Wednesday, December 3, 2008

Khamisku…Madagascar

Khamisku…Madagascar

November 20, 2008

Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang.

Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Suamiku pula kelihatan begitu nyenyak tidur setelah berjaga sepanjang malam didepan PC.

Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan. Sebelah petang, aku,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat.

Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.

“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis.

Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”.

Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!

Tokiwadai dalam kenangan

“Obento” di Jepun”

Oktober 19, 2008

Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi.

Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik.

Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”.

Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin.

Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini.

Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen AIni.

Ingatanku..."Pedagogi Berkesan Melalui Kajian Tindakan"

Kajian Tindakan…

Oktober 18, 2008

Semua jabatan mesti ada Kajian Tindakan. Apa itu Kajian Tindakan? Bagi seorang guru maths seperti saya, kajian tindakan adalah amat penting.Malah Kajian Tindakan menjadi nadi untuk lebih maju bagi seorang guru.

Terima kasih kepada Dr. Fadhil dan Dr.Naimah Ishak pakar-pakar dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kemanterian Pelajaran Malaysia (EPRD) yang menjadi guru dan mentor saya hingga dapat mengenal Kajian Tindakan dengan lebih mendalam lagi.. Terima kasih jugasaya tuju kan kepada Dr. Noran Fauziah Yaakub, PhD dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, tidak lupa juga kepada Encik Sabri, PPD Larut Matang dan Selama. Tidak lupa kepada Dr. Liew Voon Keong yang menjadi rakan saya ketika menjalankan kursus-kursus bersiri bersama.

Kepada pembaca yang saya hormati, nanti saya jelaskan beberapa perkara penting tentang KAJIAN TINDAKAN yang bersangkutan dengan guru yang telah di sampaikan oleh mentor2 saya. Tunggu…

Maths dari kacamata saya...

Maths? Mudah je…

Oktober 18, 2008

Belajar Mathematik selalunya dianggap susah.Khususnya oleh orang-orang Melayu. Sebenarnya Mathematik mudah, jika kita tahu teknik dan cara yang betul.

Saya akan pandu anda ke arah kejayaan. Tunggu dan lihat. Tak lama lagi saya akan membimbing anda ke satu dunia baru dalam bidang mathematik.

TUNGGU…

Bisnes dari rumah

Oktober 18, 2008

Ramai orang mengalami masalah kewangan yang berpanjangan. Ada yang sering bertengkar suami isteri kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyara keluarga. Wang memang penting. Tanpa wang, apapun tidak boleh dilakukan. Nak ke kedai, perlu wang. Nak melalui lebuhraya perlu wang. Malah nak ke tandaspun akhir-akhir ini perlukan wang.

Suri rumah sering merungut tidak cukup wang untuk menampung kenaikan harga sekarang. Apa kata jika kita belajar untuk mencari wang tambahan dari rumah. Banyak cara sebenarnya. Salah satu cara membuat kueh, nasi lemak dan menjual makanan dari rumah. Macam mana? Itulah yang kita perlu tanya kepada pakar…

Nanti saya akan terangkan.

Hariku...

Masih sibuk

Oktober 20, 2008

Aku masih sibuk.

Buat masa ini aku masih terikat dengan kerja2 yang patut aku siapkan. Teringat dengan ucapan pagi tadi… Nampak macam pendek aja. Tetapi ada yang menganggapnya panjang. Entah lah. Oleh kerana minggu ini minggu peperiksaan… murid perlu dijelaskan tentang persediaan menghadapi peperiksaan. Rasaku aku baru sahaja menerangkan tentang persediaan sebelum dan persediaan semasa… Itu aja. Apapun aku harap murid ingat persediaan mereka sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan. Dalam hidup kita mesti ikhlas kerana Allah dan jangan lupa Rasullullah kekasih Allah.

Suka aku yatakan di setiap kali aku jumpa muridku di waktu pagi selepas membaca doa memulakan pelajaran, aku mestikan muridku berselawat atas nabi terlebih dahulu.

Banyak yang ingin aku jelaskan tetapi agak sibuk hari yang berlalu ini… tak apa… akan ku sambung lagi…Tentang menghormati guru…Penting sangat tu… untuk maju, murid perlu menghormati guru…Begitu juga dengan Kami guru-guru perlu menghormati rakan sekerja, ketua jabatan dan disebaliknya…Aku kena akur kecil hati dan sebagainya tu adalah asam garam hidup. Untuk maju, tiada pilih kasih dalam hidup.